Announcement Details
Kaji Selidik (CSI) Pelajar dan Bekas Pelajar Tajaan TNB PRIME Scholarship & TNB SHINE Sponsorship 2024
20/08/2024 until 24/11/2024
Salam Sejahtera.
Kepada semua pelajar dan bekas pelajar tajaan Yayasan Tenaga Nasional (YTN). Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama anda selama ini dalam menjayakan pelbagai inisiatif dan program yang YTN tawarkan. Seiring dengan itu, kami ingin memaklumkan mengenai Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan bagi tahun 2024 yang akan dilaksanakan mulai 20 Ogos 2024 hingga 24 November 2024.
Kaji selidik ini bertujuan untuk memperoleh maklum balas daripada anda mengenai keberkesanan perkhidmatan dan program yang telah disediakan oleh YTN sepanjang tahun ini. Sebagai sebuah organisasi yang berorientasikan pelanggan, pandangan anda adalah amat penting untuk kami dalam usaha memperbaiki dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang kami tawarkan.
Kami memohon semua pelajar dan bekas pelajar untuk meluangkan sedikit masa bagi menjawab kaji selidik ini. Maklum balas yang diterima akan menjadi panduan bagi kami untuk melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan dan memastikan perkhidmatan yang kami tawarkan sentiasa relevan dan memenuhi keperluan anda.
Anda boleh mengakses pautan ini https://forms.office.com/r/awESCsqPAg untuk memberikan maklumbalas.
Sekian, Terima Kasih.
Back to List